Keistimewaan Nasi Lemak Antarabangsa

Rata rata pelanggan yang datang semuanya sukakan sambal nasi lemak tersebut, keunikkan sambal nya yang mana telah dimasak selama 6jam, membuatkan ianya berbeza dari yang lain. Ditambah pula dengan nasi yang dikukus, tidak seperti nasi yang ditanak, tambahan pula dicampurkan santan sebelum dikukus pada kali ketiga. Proses yang panjang dan remeh itu yang membuatkan nasi nya berbeza dari yang lain. Ditambah pula dengan hidangan sampingan seperti ikan bilis, telor rebus dan timun, membuatkan ianya enak dimakan begitu saja.

Disamping itu ada lagi lauk lauk lain yang menjadi kegemaran ramai seperti sambal sotong yang dicampur kacang, rendang daging minang yang dimasak mengunakan resipi tersendiri, ayam goreng berempah yang digoreng panas dan beberapa lagi lauk pauk yang menjadi kegemaran pelanggan pelanggan yang berkunjung ke nasi lemak antara bangsa.