All Time Favourite

Antara hidangan yang terdapat di Nasi lemak Antarabangsa adalah ayam rendang, daging rendang, paru goreng, ayam masak merah, daging serai, sambal sotong, begerdil, ayam goreng dan sambal ikan bilis kentang.

Antara menu yang selalu menjadi pilihan adalah sambal sotong dan paru goreng. Ini adalah kerana sambal sotong di Nasi Lemak Antarabangsa dimasak bersama kacang yang telah digoreng sekali gus menaikkan aroma kuahnya. Hidangan paru goreng pula diperap dengan campuran rempah yang dipilih bagi manambahkan rasa enak bila dimakan.

Resepi rendang ayam adalah resepi mak yang tidak menggunakan perisa tambahan dan hanya berpandukan kepada cita rasa asli. Begitu juga dengan sambal nasi lemak yang dimasak sehingga 6 jam yang menjadikan sambal tersebut sebagai simbolik mengapa Nasi Lemak Antarabangsa lain daripada yang lain.

Alangkah enaknya menikmati nasi lemak panas dengan pilihan lauk yang semuanya menyemarakkan selera.