Lewat tahun 70an seorang ibu pada 5 orang anak mengambil upah menjahit baju, membuat kuih muih dan nasi lemak bungkus untuk diagih agihkan kepejabat pejabat melalui suaminya dan juga kawan kawan bagi menampung keperluan harian.

Nama Pn. Normi Tandoh begitu sinonim dengan perniagaan Nasi Lemak Antarabangsa, begitu lah mulanya perniagaan yang pada mulanya hanya untuk menampung keperluan keluarga kini telah menjadi sebutan sebagai tempat pertemuan atau meeting place.

Pada awal 80an pula, bermula la era warung atau gerai yang terletak di Jalan Raja Muda Musa, waktu berniaga adalah selepas waktu sembahyang subuh sehingga lah jam 11 pagi. Lebih sepuluh tahun rutin perniagaan itu berjalan pada kadar waktu yang sama.

Pada awal tahun 90an pula, Pn. Normi telah menukar waktu perniagaannya dari sesudah subuh kepada waktu petang iaitu jam 6. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan, lalu waktu perniagaan itu kekal sehingga kini iaitu dari jam 5 petang hinggalah kehari esoknya jam 12 tengahari. Usaha yang membuahkan kejayaan dari mula menanak beras sebanyak 5 kilo hingga kini kadang kala mencecah 200 kilo sehari. Sehingga kini perniagaan itu diusahakan oleh anak dan menantu beliau, dengan menggunakan platfom Shaha Resources Sdn Bhd, Nasi Lemak Antarabangsa berkembang turus sebagai makanan tradisional Malaysia seiring dengan warisan bangsa.